Wednesday, December 28, 2011

WELCOME 2012!!!!!

ASSALAMUALAIKUM....


Hoolllaaaaa,Harini dah 28 Dec 2011,Bermakna lagi 3 hari kita akan countdown untuk 2012!!!
Ya Allah,Rase Cepatnya masa berlalu,aku rasa aku baru je tulis Entry Welcome 2011..hahaha
Ok, Tak tau nak tulis ape dlm blog ni..Cuma kalo dalam surat khabar mesti da banyak citer pasal apa yg kita achieve & Memori 2011,yg tu,kitA akan bincang lain Entry, Dalam Entry ni aku nak menyorot apa yg telah berlaku dlm hidup aku sepanjang 2011,Kalo korang nak baca,baca lah,kalo korang tak suka,bak kata Chef Wan, Ada AKu Kesah????hahaha...


Ok,Emmm,,nak start citer suka ke  duka dulu ek???...Ok ,Kalo dalam filem mane bleh Ending Sedey,Mesti Gumbira,So,Kita start Duka Dulu...


DUKA...


1. Banjir Di Gemas


- New year aku di sambut dgn Tragedy Banjir Kilat yg melanda Sekitar Kawasan Segamat - Gemencheh,
Banjir yg sampai menenggelamkan  sehingga bumbung rumah2 di Gemas, Time tu dah nak Tahun Baru Cina, Kami kene stay up untuk monitor perkembangan banjir kat sana. Then,Bila Banjir da surut,satu lagi masalah, Kebanyakan kawasan site Rosak Teruk,Time ni first time tgk Rail Keretapi Terapung..hehehe


                                      Tu Dia Track Keretapi tergantung


Lepas tu kami Terpaksa menghadapi banyak public complaint sebab lepas banjir tu banyak kawasan yg rosak,ada Jambatan runtuh sbb arus yg sangat deras masa banjir,Kekadang orang kampung ni tak phm,eleh bukan org kampung jer,Jabatan Berkenaan pon tak phm,ambil kesempatan,Boleh dikatakan semua yg rosak disebabkan projek kami..ada ka?Time ni la dorang nk Pau Kontraktor,dorang punya tanggungjawab,kami yg tanggung,kene maki ngan org kampung..Puuiii..


2. Banjir Lumpur Di Btg Melaka


Banjir yg ni Pelik Skit,sebab waktu kejadiaN adalah TENGAHARI ok,tak da hujan takda ribut Tiba2 banjir.. Pekan Batang Melaka di simbahi Lumpur Tanah Merah,Di sebabKan air yg da bertakung terlalu banyak dlm culvert,then bila tiba masanya,Air Melimpah dan Batang MElaka Menjadi mangsa..Agak kesian tgk kedai2 & Rumah yg kene Lumpur,kalo Air takpe jgk,ni Lumpur,jenuh dorang nk mencuci..




                                 Antara rumah yg terkena Banjir Lumpur
3. PERPISAHAN
- Oh,ni yg paling sedey,Tahun ni ramai yg meninggalkan KLIACS Terutamanya Belah Tampin.Macamana pon,kita hanya berpisah dari projecT jer,tp dlm hati tetap bersama..=)


                                                Bye2 Ariff


                                                 Bye2 Nuriq


                                                Bye Nadot..=(




                                                    Bye2 ifa..=(


                          Bye2 Huda & Kak Anne..( Azie blum lg..=p)


Bye2,ARina,Mint,Sha,Kishin..=(

Dulu opis ni riuh rendah bila mereka ada,tapi skrg da sunyi skit,nasib baik ade saki baki rakan artis..hahaha

Setakat ni itu je kot yg aku rasa agak sedih la tahun ni,sbb ramai yg meninggalkan KLIACS..tapi ape2 pon good luck pada diorang..=).

Ada lg yg sedih,tapi biar la simpan jer dalam hati,bak kata Dr.Azizan,jgn selalu cerita masalah kat orang nnt kita memberi Aura Negatif pada orang lain & Diri kita..waaahh...

SUKA....
- Untuk Perkara yg buat aku Happy Mmg sgt3 banyak la,Alhamdulillah,Tahun ni takda banyak yg sedih2,banyak Happy jer..=)..aku just citer ape yg aku ingat jela ...

1. Celebrate Her Birthday..=)
 - on 27 Feb 2011,aku ,piea ,Lina & Pasangan masing2 da Plan Jahat da,nak celebrate Birthday,Kesayangan Ku,Anis Zuana,Nama tempat tu da Lupa,sbb bunyi2 mcm Restoran Perancis ,aku ikut je sbb Cadangan Piea..hehe..Pada Hari berkenaan,kitorang da plan baik punya,Anis tak tau dorang ada,Tiba2 time nak mkn Dorang datang,sambil bawak Kek,& I love to see her so suprise..The,aku bg Kad Birthday for the first time,aku buat sendiri & nak tgk ape riaksi die?..=)



                                                She Smile..Then..
                                  She Cry..Ohh,i love this moment..hahaha


                          Crew Belakang Tabir,Piea & Lina..Thanks..=)

2. Aktiviti dgn OfficeMate

Beraya Rumah Bell,Asmah

 Beraya rumah abg Hazli

 Merayau Kat Melaka

 Bowling & Sambut Birthday Bell,Ferra,Hazwan & En. Amin

 Makan Ikan Bakai Kat Alai,Dgn En.Raniee

 Berbuka Puasa at A'Famosa

 Raya Rumah Syafiq

Mandi Manda Ulu Bendul..=)

Trip to JAKARTA...

Beronggeng di kebun Azie...=)

Stay umah nenek Wan utk pergi umah Iffa Kawen..=)

3. AKTIVITI Bersama Herbalife

- Hahaha...Yg ni paling best,Mcm2 Aktiviti yg aku pergi Training Herbalife,Dalam & Luar Negara Memang best giler,rugi sape yg minum jer Herbalife,da dapat result ,tapi x dpt join aktiviti dlm Herbalife, Herbalife is not only about Bisness,Its All in,SIMPLE ,FUN & MAgical..=)

a) HERBALIFE SPECTACULAR 2011

- Event ni yg membuka mata aku terhadap BISNESS Herbalife,sebab selain dari orang berebut2 untuk duduk depan,Event ni turut disertai oleh peserta dari Singapore & Indonesia..Siapa nak Joint Event ni,Jgn Risau ,Bulan Feb tahun depan ada lg..=)

 Dalam Hall Training Semua tengah Khusyuk Belajar,Yela belajar cara nak buat duit,tak sama macam belajar dalam Kelas,Ngantuk...hahaha

Party Herbalife,sgt Enjoy.




b) Booth Herbalife di Hari Belia Negara
- Herbalife sebagai Main Sponsor,Booth Betul2 kat Belakang Main Stage,Sangat Best,sbb kat situ tempat Menteri-Menteri turun dari kereta,Artis-artis,ada pameran KEreta,Skateboard & lain2..


Booth Herbalife



c) HERBALIFE EXTRAVAGANZA 2011,BANGKOK

- Herbalife EXTRAVAGANZA 2011,adalah Event Herbalife yg terbesar iaitu training yg memuatkan lebih 20,000 org distributor dari lebih 20 buah negara.Biasa lah,kalau dah Berjalan Tempat Orang,SAmbil menyelam minum air la,best sgt dapat jalan2 kat Kota Bangkok,Orang2 nye sgt sopan & Hormat Tetamu..=)







( Gambar ni Hanya sebahagian jer)

D) HERBALIFE BM Zero 2 HERO ILHAM RESORT,PD

- Herbalife Zero 2 Hero ni,Selalunya di buat untuk sebagai preparation untuk semua distributor supaya Set up mind dorang before attend becoming Big Event..=)
- Apa yg Menarik Training Kali ni,Tema Dinner ialah BACK TO SCHOOL..waaa,mcm tau2 jer aku mmg rindu giler zaman Sekolah,Tak Sabar Nak Pakai Baju MPP,Tapi hati agak berdebar,Muat Lagi ker baju Sekolah aku ni?Alhamdulillah,Muat & Selesa lagi dipakai...Thanks Herbalife..=)

 Training Hall,Very Inspired,Auntie Kamilah Income More than 100k per month,Teringat dia ckp, Duit Gaji Bulan lepas x sempat habis,da gaji balik..adoyai..=)

 ILHAM RESORT ,PD

 Comel Tak Pakcik & Makcik Ni Pakai Baju Skolah?hahaha

BACK TO SCHOOL!!!!!!..=)

------ FUUUUhhhh,Letih awok menaip Entry ni,Rasenye paling panjang kot hahaha..Kesimpulannya,Tahun ni sgt Lebih Baik dari Tahun Lepas..Takda apa yg aku sedih ,Banyak Happy Jer,InyAllah Tahun 2012,akan jadi lebih baik..Nantikan Transformasi Tahun2012...hahaha..=)


SEKIAN...

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!

=)





Monday, November 14, 2011

AZAB TINGGALKAN SEMBAHYANG..

Semasa di Dunia
Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia,jawab Nabi SAW: 
1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka). 

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya. 

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya. 

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ). 

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala.

6.Doanya tertolak 
Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.” 


Semasa Hampir Ajal

Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW: 
1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan). 

2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar). 

3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu. 
Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu. 

Semasa Bertemu Tuhannya
Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.
Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.
Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya. 

Kisah Pengajaran
Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.” Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.
1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
2.ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.
3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa” 
Demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian kita hendaknya.Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya. “BERSEGERALAH BERTAUBAT SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT” 

*Ulasan hadis dan kisah yang diceritakan tidak dinyatakan sumbernya,diharap para pembaca yang mengetahuinya dapat maklumkan,namun pengajaran yang terdapat didalamnya boleh diambil iktibar dan teladan buat peringatan-editor.

KEMAS SAWANG2 ...


ASSALAMUALAIKUM!!!!!....Pergh,da bersawang da blog aku ni,yela last update bulan Januari kot,nak kata Busy,bukan Project Manager pon tapi MALAS je,tak de idea nk tulis ape.
So aku tulis ni sebagai pemanas badan nak mula katif ber Blogging balik lepas ni..hehehehe...Buat Masa ni takde Idea,nak sapu sawang2 ni dulu,baru bleh menulis..=)..

Sunday, January 2, 2011

Akizuanahome: HAPPY NEW YEAR 2011!!!

Akizuanahome: HAPPY NEW YEAR 2011!!!

HAPPY NEW YEAR 2011!!!

Akhirnya,tahun 2010 telah melabuhkan tirainya,sekarang 2011 pula membuka lembarannya.



Sudah jadi trend di dunia sekarang, semua orang memasang niat dan azam untuk menghadapi tahun baru. Aku pun tak terkecuali jgk,mcm2 impian dan azam yg di pasang puntuk tahun 2011 ni. Tapi sebelum tu,Alhamdulillah,aku rasa sgt bersyukur kepada Allah, kerana, impian dan azam aku yg paling besar untuk tahun 2010 telah tercapai, iaitu KERJA!!..Bersyukur sangat2, walaupun hanya gaji sederhana, tapi Alhamdulillah daripada takda langsung. Aku dapat apa yg aku nak, jawatan yg aku nk, company yg stabil dan ternama, dan dapat projek yg sgt mencabar @ Mega Project. Pastu, bila dah dapat azam aku yg pertama tu, bermakna azam kedua pun tercapai iaitu, nak bagi duit pada mak tiap-tiap bulan daripada hasil titik peluh aku sendiri. Dalam hati ni,hanya tuhan sahaja yg tahu, bagaimana riangnya,seronoknya dapat memberi duit dari usaha kita sendiri. Tapi, bagi aku walaupun kalau aku mampu bagi mak Berjuta ringgit sekalipun,tapi itu tak sampai 1 % pun jasa yg aku balas pada dia, berbanding kasih sayang yg diberi dan yg paling penting susah payah dia mengandung dan melahirkan aku. Tanpa mak,Ayah, dan adik beradik,mungkin aku takkan berjaya. 

Sekarang 2010 dah lepas, aku kena fikir untuk 2011 pulak..Emm,kalau nak difikirkan memang macam-macam azam, tapi aku tengah dalam perancangan lagi,kang tak jadi, malu pulak kan, da declare dalam blog ni,takot tak tercapai plak, takpe ,nnt da siap plan aku,aku tampal kat blog ni. Cuma azam yg permanent tiap2 tahun aku,untuk menjadi seorang anak yg soleh, abang yg baik, adik yg baik, sahabat yg baik,pekerja yg baik, serta terus menjadi Hamba Allah yg baik..Amin.


Friday, December 17, 2010

Suka Ria ATV at Kg. Kemensah

Hoho,lama dah tak tulis blog ni,bz sgt nk ngadapkan bende ni...ok, just nk kongsi pengalaman aktiviti Hujung minggu aku, Last week aku ngan geng2 KLIA try aktiviti Lasak ATV..

ATV ni mcm motorsikal jugak cuma dia ada 4 tayar yg besar dan tebal,digunakan untuk aktiviti Off road,memang sangat teruja tgk gamba2 poster dekat tempat tu...Pagi2 lg ,aku dengan wafi bergerak menuju ke Kg. Kemensah,dekat dengan Zoo Negara,jalan nk ke tempat ATV tu mmg agak sempit,tapi best sebab ada air terjun..hehehe...

Untuk main ATV ni tak susah,korang tak pandai bawak motor pon boleh, cuma perlu berani jer pastu mindset kene yakin yg ATV tu takkan terbalik langgar ape pon,tapi kalo da terlajak kat gaung , 4 tayar besar pon tak guna kan?..hehehe..

Nak citer panjang2 malas,biarlah gambar2 ni menjadi tukang cerita..=)

Ni Motor Idaman ,Bukan ATV ek..hehehe

Haa..ni baru ATV..=)


Sebelum Start kene ada induction dulu

Wakil-wakil Tampin..

Sebelum mula Aktiviti minum Herbalife dulu..=)



Nak start da,gua punya ATV mcm askar ..

Semua nk b'gambar ngan gua punya Bumble Bee

Waaa...Seronoknya Mandi air terjun..

Me & my Bumble Bee

Kak Nad nk start da..

Wafi Jipang

Azie n my Bumble Bee..

Nad..Boring..

Wow,Style la..hahaha

Lain Kali mesti mau join lg,Best Gilo bak hang...