Friday, December 17, 2010

Suka Ria ATV at Kg. Kemensah

Hoho,lama dah tak tulis blog ni,bz sgt nk ngadapkan bende ni...ok, just nk kongsi pengalaman aktiviti Hujung minggu aku, Last week aku ngan geng2 KLIA try aktiviti Lasak ATV..

ATV ni mcm motorsikal jugak cuma dia ada 4 tayar yg besar dan tebal,digunakan untuk aktiviti Off road,memang sangat teruja tgk gamba2 poster dekat tempat tu...Pagi2 lg ,aku dengan wafi bergerak menuju ke Kg. Kemensah,dekat dengan Zoo Negara,jalan nk ke tempat ATV tu mmg agak sempit,tapi best sebab ada air terjun..hehehe...

Untuk main ATV ni tak susah,korang tak pandai bawak motor pon boleh, cuma perlu berani jer pastu mindset kene yakin yg ATV tu takkan terbalik langgar ape pon,tapi kalo da terlajak kat gaung , 4 tayar besar pon tak guna kan?..hehehe..

Nak citer panjang2 malas,biarlah gambar2 ni menjadi tukang cerita..=)

Ni Motor Idaman ,Bukan ATV ek..hehehe

Haa..ni baru ATV..=)


Sebelum Start kene ada induction dulu

Wakil-wakil Tampin..

Sebelum mula Aktiviti minum Herbalife dulu..=)



Nak start da,gua punya ATV mcm askar ..

Semua nk b'gambar ngan gua punya Bumble Bee

Waaa...Seronoknya Mandi air terjun..

Me & my Bumble Bee

Kak Nad nk start da..

Wafi Jipang

Azie n my Bumble Bee..

Nad..Boring..

Wow,Style la..hahaha

Lain Kali mesti mau join lg,Best Gilo bak hang...

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya AidilAdha & Ayah..


Tanggal 10 zulhijjah,umat islam menyambut Hari Raya AidilAdha, semua bergembira,pakai baju cantik2 ,masak sedap,pergi sembahyang..aku pon mcm tu juga,buat rutin yg sama,cuma jauh disudut hati, aku rasa sedih sgt, Raya tahun ni,tak mcm tahun2 lepas..

Sedar tak sedar hampir setahun  ayah telah meninggalkan aku & keluarga, Tarikh 10 zulhijjah ini juga bermakna sudah setahun aku melihat kali terakhir ayah sedar, bergerak,memandang aku,cium dahi aku,& borak2 ngan ayah. Masih segar diingatan pada Hari Raya AidilAdha tahun lepas,aku jaga ayah di Hospital,lepas sembahyang subuh, aku terus ke  katil ayah untuk kemas2 barang, aku tgk ayah da bgn, aku bg ayah minum dulu, ayah suruh aku pergi sembahyang sunat hari raya tinggalkan dia kat katil tu takpa, tapi aku tak nak,aku nk uruskan dia terlebih dahulu. Jam Pukul 8.30 pagi, aku kene siapkan ayah sbb pukul 9 nnt doktor nak dtg check, so selalunya mak just mandikan die dengan mengelap badannya sahaja sbb mak tak larat nak papah ayah, tapi haritu, aku tekad nak bawak ayah pergi mandi kat bilik air.memandangkan ayah tak boleh berjalan,aku ambilkan kerusi roda untuk memudahkan pergerakkanya, sayu hati ku tgk ayah bersusah payah nak bgn, ayah ckp ' Ayah da tak kuat da macam dulu,cuba rasa ayah genggam( sambil genggam tgn aku ),da tak larat'.Aku angkat ayah,dudukkan dia atas kerusi roda dan terus ke bilik air. Aku mandikan dikan,sabun kan, tapi aku tak sangka,itu kali terakhir aku dapat mandi kan die semasa dia sedar.Ayah sejuk,dia takot sgt bile aku curahkan air kat badan die,yela selama ni just lap2 badan je, tapi dari pandangan mata die ,nyata dia suka sgt dapat mandi..hehehe..lepas da mandi, masa nakkeluar dari bilik air,ade satu longkang kecil untuk saluran air kat depan pintu bilik air, tayar kerusi roda tersangkut,ayah hampir2 terjatuh, aku cuba banyak kali untuk keluarkan ,tapi tak berjaya,sbb ayah berat, aku terpaksa minta bantuan dari MA yg ada disitu,dalam hati aku,Ya Allah,kesiannya ayah aku,sakit die..

Aku mintak maaf sgt2 kat dia sambil cium dahi dia,aku tak sengaja,ayah faham,dia maafkan,rupanya itu kali terakhir aku dapat mintak maaf waktu dia sedar. Pastu lepas da lap2 badan dia ,pakaikan bedak,pakaikan baju, ayah Mintak aku dudukkan dia kat tepi tingkap Hospital, ayah nak tgk pemandangan kat luar, aku dapat lihat, dia memandang ke luar dengan penuh minat,dia suruh aku pergi sembahyang raya,tapi aku ckp da tak sempat,nnt doktor nak dtg plak.Rupanya itu kali terakhir dia dapat melihat pemandangan di luar.Lepas tu,aku baringkan semula dia di katil,sebelum dia tidur, dia terpandang katil pesakit kat depan tu ada buah betik, ayah pon ckp " Ini kalo ada buah betik sedap ni,senang berak"..hehe..aku pon ckp," takpe,petang nnt saya p Chow Kit cari buah Betik,sekarang tak boleh sbb nk hujan"..ayah pon mengangguk,sesekali ,ayah teringat kat Alang," Dia da bersalin ke belum ye, ntah dapat ke tak ayah nak tgk cucu ayah"..dia pon lelap semula..Pukul 9.15 pagi,Doktor dtg melawat,Ayah terjaga,mcm biasa la,ayah kalo nampak doktor tiba2 suara dia kuat " Selamat Pagi Doktor"..tak hilang lg semangat askar die..hahaha..Memandangkan Doktor Ooi,iaitu Dotor Pakar Hati yg merawat ayah sebelum ini memberitahu,ayah tak boleh banyak minum air,sehari 1 botol 500ml je,ayah pon tak puas hati sbb tak puas minum air sikit sgt,dia pon dgn selambanya tanya Doktor yg datang tu, " Saya Boleh minum air bnyk tak Doktor?"..Doktor pon ckp," Ape pula tak boleh,kita mmg kene minum air kosong banyak2,bgs untuk badan"..Ayah Pon sambil pandang aku " Tgk tu,boleh minum air" suke beno die dgr ckp Doktor tu..Aku punya la terangkan ape yg Doktor Ooi tu pesan pada Doktor tu,tapi Doktor tu still ckp Boleh minum air bnyk..So,kita just ikut jela..

Memandangkan Wad yg ayah duduk skrg ni merupakan wad untuk pesakit buah pinggang dan tiada wad yang khusus untuk pesakit Hati, So,Doktor cadangkan untuk pindah ke Wad 18,OMG!! wad 18 ni mmg nightmare,sbb semua sakit ade kat dalam tu & condition dia pon tak selesa. Lepas tu,aku pon borak dengan ayah,aku tanya ayah , " Saya mintak maaf kalau ade salah silap,wat ayah sedih ke", Ayah ckp , " tak la,semua ayah maaf kan,anak2 ayah baik,ayah takde simpan kesalahan korang,semua ayah sayang" Mata ayah mula merah,dan pelahan2 air mata seorang bapa jatuh juga..aku pon sebak,tapi masih control.Kepala aku mula merewang2 teringat saat2 bersama ayah sewaktu dia sihat. Ptg tu,memandangkan hujan dah renyai2,aku gagahkan jugak,pergi Chowkit beli Buah betik yg ayah idamkan.

Pukul 7 ptg,along sampai, tak lama selepas tu,nurse bgtau,ayah akan dipindahkan ke Wad 18,So,kami kemas2 kan barang, MA2 dtg  tolak katil ayah ke Wad 18. Sampai je kat sane,seperti yg dijangkakan keadaan wad tu mmg teruk,katil rapat2,pastu takda tirai.Selepas siap2 kan ayah,bg dia tidor,aku ngan along pergi sembahyang maghrib dan makan.Lapas makan,aku kembali ke wad,aku tgk ayah tengah tidur,so aku tak nak la kacau, aku pk,esk jela bg die mkn buah betik tu,pastu aku pon tidur kat katil sebelah,kebetulan takda org..hehehe..

Esk pagi,lepas sembahyang subuh, aku merayau2 kat wad tu,beli sarapan. pastu Doktor mcm biasalah untuk check ayah, doktor kejot ayah.."Pakcik2,bangun,nak check jap"..ayah diam je,lepas beberapa kali kejut ayah tak bgn jgk, pada masa tu, Dlm hati aku,tuhan je yg tahu,mcm2 dlm fikiranku,Doktor pon mula syak sesuatu,die check denyutan jantung ayah, syukur ayah masih ada..Tapi bermula dari itu lah ayah tak sedar kan diri,Doktor bgtau," Ayah awak dalam keadaan KOMA"..Ya Allah,aku sebak,aku tak pernah hadapi keadaan mcm ni.Aku cuba bertenang,aku mintak Doktor pindahkan ayah ke katil yg lebih selesa.Bermula dari hari itu,aku tekad untuk jaga ayah sampai ke hembusan nafas terakhirnya,Harapan tetap ada,supaya ayah pulih semula,Walaupun keadaanya sgt teruk..memandangkan perut ayah makin kembung Doktor cadangkan untuk menebuk sedikit lubang untuk keluarkan air dlm perutnya..Aku geram tgk Doktor2 Muda ni,cucuk2 jarum nak ambil darah sampai bnyk kali,sampai sesekali ayah berdengus sikit sbb rasa sakit, kalau ayah sedar sah2 die taknak Doktor Pelatih yg ambil darah.Lepas beberapa kali Dortor Pelatih tu tak berjaya,sampai da panggil Doktor2 Pelatih yg lain dtg,aku naik angin,aku suruh Doktor tu panggil leader dorang yg lagi experience.Tak lama tu,dtg Doktor yg lebih tua,dgn sekali cucuk je,dah dapat darah,Kalau dari tadi kan senang.Kesian Ayah.. Dlm pukul 1 pagi,keadaan ayah makin teruk,Doktor panggil aku,Dia kata " Harap encik boleh bertenang,dan terima keadaan,kami dah tak boleh buat apa2 pada ayah awk,Sbb AYAH AWK DA TENAT "..Aku mula rasa mcm nak pitam,lutut rasa longgar,mcm tak berpijak atas tanah da..Doktor nasihatkan supaya call family supaya bawak ayah balik dan buat apa yg patot,tapi aku merayu pada Doktor supaya bantu ayah seboleh mungkin,dengan  tempatkan die di ICU.Tapi waktu tu, ICU penuh..Aku pon call along & Angah,bgtau keadaan ayah,dan bwk mak untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Ayah KOMA lebih kurang 2 minggu,masa tu aku ulang alik dari KLIA training ke Hospital,sbb hari2 aku Doa semoga aku dapat tgk ayah di waktu hembusan nafas terakhirnya.Alhamdulillah,akhirnya ayah dapat jugak masuk ke ICU.Mmg sedih tgk keadaan ayah,wayar sana sini,masuk kat jari,hidung and mulut.mlm tu mak pon sampai ke wad ICU,aku dudk sebelah katil ayah,sambil baca Yasin,tak sangka,aku bacakan Yasin untuk ayah,aku tak dapat tahan lg kesedihan,aku nangis teresak-esak,mak peluk aku untuk cuba tenangkan aku,Angah &; Along pon turut menangis...Hari Demi Hari,kami tgk keadaan ayah makin stabil berdasarkan denyutan jantung dan tekanan darahnya semakin baik,kalo panggil2 pon ada respon,matanya saja yg bergerak,jarinya gerak sikit2..Angah kat " Ada harapan ayah nak sedar ni,tak lama lg dia sedar la." So,memandangkan mak pon da 2,3 hari kat wad,kami cadangkan bwk mak balik tuk berehat,Aku stay kat Hospital..Kami tak dibenarkan tunggu di wad ICU,cuma boleh duduk diluar pintu je,Skali2 aku masuk kebilik ICU,tgk2 ayah,dan bacakan Yasin. Bisik kattelibnga kata2 semangat.

Keesokan harinya,Doktor panggil aku,Hatiku berdebar-debar,tak pernah Doktor kat ICU nak jumpa,Doktor ckp " Harap Awk bertenang dan terima kenyataan, Ayah awk dalam keadaan NAZAK, awk da boleh bersedia untuk call ahli keluarga, dan saya akan panggil untuk bisikkan kalimah Shahadah pada ayah Awk"...Aku pon call semua adik beradik,sedara mara untuk datang. Dlm pukul 1 tgh Hari,Doktor panggil masuk ke Wad," awk duduk sebelah die,ajar ayah awk mengucap,bisik kat telinga die,dia dengar tu"..Ya ALLAh,aku sahaja yg tahu keadaan waktu tu..aku tenung wajah ayah,mugkin ini kali terakhir aku tgk die dlm bernafas, dada ayah turun naik,nafasnya kencang, tapi mukanya nampak tenang mcm org tidur je..Aku bisikkan di telinganya mengajar die mengucap.." Ayah,saya dtg,mengucap yah,Ashhaduallah ila ha illallah,wa ashha duannamuhammadarRalsullullah" ,aku terus kan mengucap sambil mata memandang ke skrin,aku dapat lihat tekanan darah ayah sudah tak menentu,makin lama makin kurang,denyutan jantung makin lemah..Lama2 mesin tersebut b'bunyi..Aku faham maksud tu,Doktor dtg padaku, " Encik,Ayah Awk dah takda"..Aku menangis ,aku peluk ayah untuk kali terakhir..

" Ayah Jasamu,Kasih SayangMu tetap ku kenang,semoga di tempatkan bersama-sama org yg beriman dan beramal Soleh..Walau pun sedih,tak dapat bg ayah makan betik nya,tak dapat melihat anak Alang,Aku bersyukur,Allah Makbulkan permintaanku selama ini,untuk melihat ayah sehingga ke akhir hayatnya.."-Al-Fatihah

Monday, November 8, 2010

Renungkan Bersama...

Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.


Berikut diperturunkan nama syaitan laknatyang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,


2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,


6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akanbermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"


7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habishendaklah dibaca tanpa henti.


8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayatsemoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Wassalam

Wednesday, October 27, 2010

Yang Tidak Bisa Diucapkan Oleh Ayah.....Buat Peringatan Kita Semua Tentang Kasih Sayang Ayah Kita

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

" I Miss u & I Love U Ayah '..Al- Fatihah..=(

Tuesday, September 21, 2010

Bisnes @ Pendapatan Sampingan Perlu ke?


Bak lagu M.Nasir ' ada org panggil RINGGIT, ada yang panggil DOLLAR, ada yang panggil RUPIAH,semua itu duet,buat org pening, Duet-duet,dimana kau duit "....aku rasa bukan aku je mengalami masalah ni,semua org pening pk pasal duit..Hujung bulan, dapat gaji semuanya nak ketepi kan, kalau untuk diri sendiri takpa, tapi semua nak bayar hutang..sewa umah la, Kereta la, PTPTN la, Bil air , bil Elektrik, adoi, last2 berapa sen sangat la yang tinggal..

Dari situ, aku mula berfikir, mana lah nak cari duit ni, tak payah banyak la,dapat extra Rm500 pun da syukur Alhamdullilah..Pada pendapat aku, pendapatan sampingan ( Yang HALAL ) pada masa ni sangat penting kerana dengan peningkatan kos hidup sekarang yang sangat mendadak dan melampau, contohnya : dulu Makan Nasi + lauk ayam goreng + Air Sirap Limau = RM 3.50 to RM 4 , sekarang ni mana dapat beb, lauk mcm tu aku pernah kena RM 5.50 sekali makan, sebab sekarang ni harga  bahan mentah yang semakin meningkat. Pastu, Minyak, dulu isi RM30 dapat separuh tank, sekarang ni RM30 celah gigi je,boleh pakai berapa hari sangat..Harga barang semua naik, tapi gaji tak naik jugak. So, pada aku Bisnes @ Pendapatan Sampingan tak kira pelajar mahupun orang yang telah bekerja sangat penting . Aku rasa semua org perlu ada Bisness sendiri..

 Bak Kata Irfan Khairi ( Jutawan Internet ), Generasi muda sekarang digalakkan untuk membina perniagaan dan bukan bergantung pada pendapat tetap ( gaji Bulan2) je. Zaman ni, urusan perniagaan kian mudah kerana adanya satu teknologi yang dipanggil INTERNET. Mcm2 ada,kalau kita guna kearah kebaikan baik la ia..

Monday, September 20, 2010

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah dengan berkat dan pahalanya dapat aku menyediakan Blog aku sendiri ni,niat tu memang da lama dah nak buat Blog,tapi oleh kerana kesibukan harian menyebabkan niat tu tertangguh,tapi Alhamdulillah, aku dapat jgk buat blog aku yang tak seberapa ni untuk kita berkongsi segala suka duka, luahan minda dan apa-apa isu Peribadi ke,negara ke,Dunia ke, boleh di kongsi bersama.

Sebelum tu, biar la aku perkenalkan diri dulu sebelum korang baca blog ni, Nama Sebenar Muhamad Raqib Bin Shaari, Umur 23 tahun, berasal dari K.Selangor. Dulu memula belajar Sek Rendah kat SJK (c) Khai Tee ( Sekolah cina beb,Nak kata fasih bahasa Mandarin tu ,tak de la sangat,tapi kalau nak berdebat boleh la.. ), Pastu Masuk Sekolah Menengah, Sekolah SMK Pengkalan Permatang,lepas form 3,aku terus pergi Sekolah Teknik K.L, lepas form 5, masuk Matrik Perak, Pastu Degree kat Uitm S.Alam ( Building Survey ).
Sekarang ni aku da kerja,bertugas sebagai Consultant ( HSSE ) di KLIA Consultancy & Services Sdn Bhd untuk Project Seremban Gemas Electrified Double Track, Office Tampin.

Aku seorang yang pemalu ( ewah ) & Pendiam,tapi kalau dengan orang yang terdekat, diorang tak sanggup nak dengar aku cakap..hehehehe...tapi aku jenis open minded , nak borak pape pon boleh,layan jer...Prinsip hidup aku, ' Enjoy2 jugak,Akhirat Jgn Lupa'..Terima Kasih..=)