Tuesday, September 21, 2010

Bisnes @ Pendapatan Sampingan Perlu ke?


Bak lagu M.Nasir ' ada org panggil RINGGIT, ada yang panggil DOLLAR, ada yang panggil RUPIAH,semua itu duet,buat org pening, Duet-duet,dimana kau duit "....aku rasa bukan aku je mengalami masalah ni,semua org pening pk pasal duit..Hujung bulan, dapat gaji semuanya nak ketepi kan, kalau untuk diri sendiri takpa, tapi semua nak bayar hutang..sewa umah la, Kereta la, PTPTN la, Bil air , bil Elektrik, adoi, last2 berapa sen sangat la yang tinggal..

Dari situ, aku mula berfikir, mana lah nak cari duit ni, tak payah banyak la,dapat extra Rm500 pun da syukur Alhamdullilah..Pada pendapat aku, pendapatan sampingan ( Yang HALAL ) pada masa ni sangat penting kerana dengan peningkatan kos hidup sekarang yang sangat mendadak dan melampau, contohnya : dulu Makan Nasi + lauk ayam goreng + Air Sirap Limau = RM 3.50 to RM 4 , sekarang ni mana dapat beb, lauk mcm tu aku pernah kena RM 5.50 sekali makan, sebab sekarang ni harga  bahan mentah yang semakin meningkat. Pastu, Minyak, dulu isi RM30 dapat separuh tank, sekarang ni RM30 celah gigi je,boleh pakai berapa hari sangat..Harga barang semua naik, tapi gaji tak naik jugak. So, pada aku Bisnes @ Pendapatan Sampingan tak kira pelajar mahupun orang yang telah bekerja sangat penting . Aku rasa semua org perlu ada Bisness sendiri..

 Bak Kata Irfan Khairi ( Jutawan Internet ), Generasi muda sekarang digalakkan untuk membina perniagaan dan bukan bergantung pada pendapat tetap ( gaji Bulan2) je. Zaman ni, urusan perniagaan kian mudah kerana adanya satu teknologi yang dipanggil INTERNET. Mcm2 ada,kalau kita guna kearah kebaikan baik la ia..

Monday, September 20, 2010

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah dengan berkat dan pahalanya dapat aku menyediakan Blog aku sendiri ni,niat tu memang da lama dah nak buat Blog,tapi oleh kerana kesibukan harian menyebabkan niat tu tertangguh,tapi Alhamdulillah, aku dapat jgk buat blog aku yang tak seberapa ni untuk kita berkongsi segala suka duka, luahan minda dan apa-apa isu Peribadi ke,negara ke,Dunia ke, boleh di kongsi bersama.

Sebelum tu, biar la aku perkenalkan diri dulu sebelum korang baca blog ni, Nama Sebenar Muhamad Raqib Bin Shaari, Umur 23 tahun, berasal dari K.Selangor. Dulu memula belajar Sek Rendah kat SJK (c) Khai Tee ( Sekolah cina beb,Nak kata fasih bahasa Mandarin tu ,tak de la sangat,tapi kalau nak berdebat boleh la.. ), Pastu Masuk Sekolah Menengah, Sekolah SMK Pengkalan Permatang,lepas form 3,aku terus pergi Sekolah Teknik K.L, lepas form 5, masuk Matrik Perak, Pastu Degree kat Uitm S.Alam ( Building Survey ).
Sekarang ni aku da kerja,bertugas sebagai Consultant ( HSSE ) di KLIA Consultancy & Services Sdn Bhd untuk Project Seremban Gemas Electrified Double Track, Office Tampin.

Aku seorang yang pemalu ( ewah ) & Pendiam,tapi kalau dengan orang yang terdekat, diorang tak sanggup nak dengar aku cakap..hehehehe...tapi aku jenis open minded , nak borak pape pon boleh,layan jer...Prinsip hidup aku, ' Enjoy2 jugak,Akhirat Jgn Lupa'..Terima Kasih..=)