Tanggal 10 zulhijjah,umat islam menyambut Hari Raya AidilAdha, semua bergembira,pakai baju cantik2 ,masak sedap,pergi sembahyang..aku pon mcm tu juga,buat rutin yg sama,cuma jauh disudut hati, aku rasa sedih sgt, Raya tahun ni,tak mcm tahun2 lepas..
Sedar tak sedar hampir setahun ayah telah meninggalkan aku & keluarga, Tarikh 10 zulhijjah ini juga bermakna sudah setahun aku melihat kali terakhir ayah sedar, bergerak,memandang aku,cium dahi aku,& borak2 ngan ayah. Masih segar diingatan pada Hari Raya AidilAdha tahun lepas,aku jaga ayah di Hospital,lepas sembahyang subuh, aku terus ke katil ayah untuk kemas2 barang, aku tgk ayah da bgn, aku bg ayah minum dulu, ayah suruh aku pergi sembahyang sunat hari raya tinggalkan dia kat katil tu takpa, tapi aku tak nak,aku nk uruskan dia terlebih dahulu. Jam Pukul 8.30 pagi, aku kene siapkan ayah sbb pukul 9 nnt doktor nak dtg check, so selalunya mak just mandikan die dengan mengelap badannya sahaja sbb mak tak larat nak papah ayah, tapi haritu, aku tekad nak bawak ayah pergi mandi kat bilik air.memandangkan ayah tak boleh berjalan,aku ambilkan kerusi roda untuk memudahkan pergerakkanya, sayu hati ku tgk ayah bersusah payah nak bgn, ayah ckp ' Ayah da tak kuat da macam dulu,cuba rasa ayah genggam( sambil genggam tgn aku ),da tak larat'.Aku angkat ayah,dudukkan dia atas kerusi roda dan terus ke bilik air. Aku mandikan dikan,sabun kan, tapi aku tak sangka,itu kali terakhir aku dapat mandi kan die semasa dia sedar.Ayah sejuk,dia takot sgt bile aku curahkan air kat badan die,yela selama ni just lap2 badan je, tapi dari pandangan mata die ,nyata dia suka sgt dapat mandi..hehehe..lepas da mandi, masa nakkeluar dari bilik air,ade satu longkang kecil untuk saluran air kat depan pintu bilik air, tayar kerusi roda tersangkut,ayah hampir2 terjatuh, aku cuba banyak kali untuk keluarkan ,tapi tak berjaya,sbb ayah berat, aku terpaksa minta bantuan dari MA yg ada disitu,dalam hati aku,Ya Allah,kesiannya ayah aku,sakit die..
Aku mintak maaf sgt2 kat dia sambil cium dahi dia,aku tak sengaja,ayah faham,dia maafkan,rupanya itu kali terakhir aku dapat mintak maaf waktu dia sedar. Pastu lepas da lap2 badan dia ,pakaikan bedak,pakaikan baju, ayah Mintak aku dudukkan dia kat tepi tingkap Hospital, ayah nak tgk pemandangan kat luar, aku dapat lihat, dia memandang ke luar dengan penuh minat,dia suruh aku pergi sembahyang raya,tapi aku ckp da tak sempat,nnt doktor nak dtg plak.Rupanya itu kali terakhir dia dapat melihat pemandangan di luar.Lepas tu,aku baringkan semula dia di katil,sebelum dia tidur, dia terpandang katil pesakit kat depan tu ada buah betik, ayah pon ckp " Ini kalo ada buah betik sedap ni,senang berak"..hehe..aku pon ckp," takpe,petang nnt saya p Chow Kit cari buah Betik,sekarang tak boleh sbb nk hujan"..ayah pon mengangguk,sesekali ,ayah teringat kat Alang," Dia da bersalin ke belum ye, ntah dapat ke tak ayah nak tgk cucu ayah"..dia pon lelap semula..Pukul 9.15 pagi,Doktor dtg melawat,Ayah terjaga,mcm biasa la,ayah kalo nampak doktor tiba2 suara dia kuat " Selamat Pagi Doktor"..tak hilang lg semangat askar die..hahaha..Memandangkan Doktor Ooi,iaitu Dotor Pakar Hati yg merawat ayah sebelum ini memberitahu,ayah tak boleh banyak minum air,sehari 1 botol 500ml je,ayah pon tak puas hati sbb tak puas minum air sikit sgt,dia pon dgn selambanya tanya Doktor yg datang tu, " Saya Boleh minum air bnyk tak Doktor?"..Doktor pon ckp," Ape pula tak boleh,kita mmg kene minum air kosong banyak2,bgs untuk badan"..Ayah Pon sambil pandang aku " Tgk tu,boleh minum air" suke beno die dgr ckp Doktor tu..Aku punya la terangkan ape yg Doktor Ooi tu pesan pada Doktor tu,tapi Doktor tu still ckp Boleh minum air bnyk..So,kita just ikut jela..
Memandangkan Wad yg ayah duduk skrg ni merupakan wad untuk pesakit buah pinggang dan tiada wad yang khusus untuk pesakit Hati, So,Doktor cadangkan untuk pindah ke Wad 18,OMG!! wad 18 ni mmg nightmare,sbb semua sakit ade kat dalam tu & condition dia pon tak selesa. Lepas tu,aku pon borak dengan ayah,aku tanya ayah , " Saya mintak maaf kalau ade salah silap,wat ayah sedih ke", Ayah ckp , " tak la,semua ayah maaf kan,anak2 ayah baik,ayah takde simpan kesalahan korang,semua ayah sayang" Mata ayah mula merah,dan pelahan2 air mata seorang bapa jatuh juga..aku pon sebak,tapi masih control.Kepala aku mula merewang2 teringat saat2 bersama ayah sewaktu dia sihat. Ptg tu,memandangkan hujan dah renyai2,aku gagahkan jugak,pergi Chowkit beli Buah betik yg ayah idamkan.
Pukul 7 ptg,along sampai, tak lama selepas tu,nurse bgtau,ayah akan dipindahkan ke Wad 18,So,kami kemas2 kan barang, MA2 dtg tolak katil ayah ke Wad 18. Sampai je kat sane,seperti yg dijangkakan keadaan wad tu mmg teruk,katil rapat2,pastu takda tirai.Selepas siap2 kan ayah,bg dia tidor,aku ngan along pergi sembahyang maghrib dan makan.Lapas makan,aku kembali ke wad,aku tgk ayah tengah tidur,so aku tak nak la kacau, aku pk,esk jela bg die mkn buah betik tu,pastu aku pon tidur kat katil sebelah,kebetulan takda org..hehehe..
Esk pagi,lepas sembahyang subuh, aku merayau2 kat wad tu,beli sarapan. pastu Doktor mcm biasalah untuk check ayah, doktor kejot ayah.."Pakcik2,bangun,nak check jap"..ayah diam je,lepas beberapa kali kejut ayah tak bgn jgk, pada masa tu, Dlm hati aku,tuhan je yg tahu,mcm2 dlm fikiranku,Doktor pon mula syak sesuatu,die check denyutan jantung ayah, syukur ayah masih ada..Tapi bermula dari itu lah ayah tak sedar kan diri,Doktor bgtau," Ayah awak dalam keadaan KOMA"..Ya Allah,aku sebak,aku tak pernah hadapi keadaan mcm ni.Aku cuba bertenang,aku mintak Doktor pindahkan ayah ke katil yg lebih selesa.Bermula dari hari itu,aku tekad untuk jaga ayah sampai ke hembusan nafas terakhirnya,Harapan tetap ada,supaya ayah pulih semula,Walaupun keadaanya sgt teruk..memandangkan perut ayah makin kembung Doktor cadangkan untuk menebuk sedikit lubang untuk keluarkan air dlm perutnya..Aku geram tgk Doktor2 Muda ni,cucuk2 jarum nak ambil darah sampai bnyk kali,sampai sesekali ayah berdengus sikit sbb rasa sakit, kalau ayah sedar sah2 die taknak Doktor Pelatih yg ambil darah.Lepas beberapa kali Dortor Pelatih tu tak berjaya,sampai da panggil Doktor2 Pelatih yg lain dtg,aku naik angin,aku suruh Doktor tu panggil leader dorang yg lagi experience.Tak lama tu,dtg Doktor yg lebih tua,dgn sekali cucuk je,dah dapat darah,Kalau dari tadi kan senang.Kesian Ayah.. Dlm pukul 1 pagi,keadaan ayah makin teruk,Doktor panggil aku,Dia kata " Harap encik boleh bertenang,dan terima keadaan,kami dah tak boleh buat apa2 pada ayah awk,Sbb AYAH AWK DA TENAT "..Aku mula rasa mcm nak pitam,lutut rasa longgar,mcm tak berpijak atas tanah da..Doktor nasihatkan supaya call family supaya bawak ayah balik dan buat apa yg patot,tapi aku merayu pada Doktor supaya bantu ayah seboleh mungkin,dengan tempatkan die di ICU.Tapi waktu tu, ICU penuh..Aku pon call along & Angah,bgtau keadaan ayah,dan bwk mak untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Ayah KOMA lebih kurang 2 minggu,masa tu aku ulang alik dari KLIA training ke Hospital,sbb hari2 aku Doa semoga aku dapat tgk ayah di waktu hembusan nafas terakhirnya.Alhamdulillah,akhirnya ayah dapat jugak masuk ke ICU.Mmg sedih tgk keadaan ayah,wayar sana sini,masuk kat jari,hidung and mulut.mlm tu mak pon sampai ke wad ICU,aku dudk sebelah katil ayah,sambil baca Yasin,tak sangka,aku bacakan Yasin untuk ayah,aku tak dapat tahan lg kesedihan,aku nangis teresak-esak,mak peluk aku untuk cuba tenangkan aku,Angah &; Along pon turut menangis...Hari Demi Hari,kami tgk keadaan ayah makin stabil berdasarkan denyutan jantung dan tekanan darahnya semakin baik,kalo panggil2 pon ada respon,matanya saja yg bergerak,jarinya gerak sikit2..Angah kat " Ada harapan ayah nak sedar ni,tak lama lg dia sedar la." So,memandangkan mak pon da 2,3 hari kat wad,kami cadangkan bwk mak balik tuk berehat,Aku stay kat Hospital..Kami tak dibenarkan tunggu di wad ICU,cuma boleh duduk diluar pintu je,Skali2 aku masuk kebilik ICU,tgk2 ayah,dan bacakan Yasin. Bisik kattelibnga kata2 semangat.
Keesokan harinya,Doktor panggil aku,Hatiku berdebar-debar,tak pernah Doktor kat ICU nak jumpa,Doktor ckp " Harap Awk bertenang dan terima kenyataan, Ayah awk dalam keadaan NAZAK, awk da boleh bersedia untuk call ahli keluarga, dan saya akan panggil untuk bisikkan kalimah Shahadah pada ayah Awk"...Aku pon call semua adik beradik,sedara mara untuk datang. Dlm pukul 1 tgh Hari,Doktor panggil masuk ke Wad," awk duduk sebelah die,ajar ayah awk mengucap,bisik kat telinga die,dia dengar tu"..Ya ALLAh,aku sahaja yg tahu keadaan waktu tu..aku tenung wajah ayah,mugkin ini kali terakhir aku tgk die dlm bernafas, dada ayah turun naik,nafasnya kencang, tapi mukanya nampak tenang mcm org tidur je..Aku bisikkan di telinganya mengajar die mengucap.." Ayah,saya dtg,mengucap yah,Ashhaduallah ila ha illallah,wa ashha duannamuhammadarRalsullullah" ,aku terus kan mengucap sambil mata memandang ke skrin,aku dapat lihat tekanan darah ayah sudah tak menentu,makin lama makin kurang,denyutan jantung makin lemah..Lama2 mesin tersebut b'bunyi..Aku faham maksud tu,Doktor dtg padaku, " Encik,Ayah Awk dah takda"..Aku menangis ,aku peluk ayah untuk kali terakhir..
" Ayah Jasamu,Kasih SayangMu tetap ku kenang,semoga di tempatkan bersama-sama org yg beriman dan beramal Soleh..Walau pun sedih,tak dapat bg ayah makan betik nya,tak dapat melihat anak Alang,Aku bersyukur,Allah Makbulkan permintaanku selama ini,untuk melihat ayah sehingga ke akhir hayatnya.."-Al-Fatihah