Sunday, January 2, 2011
HAPPY NEW YEAR 2011!!!
Akhirnya,tahun 2010 telah melabuhkan tirainya,sekarang 2011 pula membuka lembarannya.
Sudah jadi trend di dunia sekarang, semua orang memasang niat dan azam untuk menghadapi tahun baru. Aku pun tak terkecuali jgk,mcm2 impian dan azam yg di pasang puntuk tahun 2011 ni. Tapi sebelum tu,Alhamdulillah,aku rasa sgt bersyukur kepada Allah, kerana, impian dan azam aku yg paling besar untuk tahun 2010 telah tercapai, iaitu KERJA!!..Bersyukur sangat2, walaupun hanya gaji sederhana, tapi Alhamdulillah daripada takda langsung. Aku dapat apa yg aku nak, jawatan yg aku nk, company yg stabil dan ternama, dan dapat projek yg sgt mencabar @ Mega Project. Pastu, bila dah dapat azam aku yg pertama tu, bermakna azam kedua pun tercapai iaitu, nak bagi duit pada mak tiap-tiap bulan daripada hasil titik peluh aku sendiri. Dalam hati ni,hanya tuhan sahaja yg tahu, bagaimana riangnya,seronoknya dapat memberi duit dari usaha kita sendiri. Tapi, bagi aku walaupun kalau aku mampu bagi mak Berjuta ringgit sekalipun,tapi itu tak sampai 1 % pun jasa yg aku balas pada dia, berbanding kasih sayang yg diberi dan yg paling penting susah payah dia mengandung dan melahirkan aku. Tanpa mak,Ayah, dan adik beradik,mungkin aku takkan berjaya.
Sekarang 2010 dah lepas, aku kena fikir untuk 2011 pulak..Emm,kalau nak difikirkan memang macam-macam azam, tapi aku tengah dalam perancangan lagi,kang tak jadi, malu pulak kan, da declare dalam blog ni,takot tak tercapai plak, takpe ,nnt da siap plan aku,aku tampal kat blog ni. Cuma azam yg permanent tiap2 tahun aku,untuk menjadi seorang anak yg soleh, abang yg baik, adik yg baik, sahabat yg baik,pekerja yg baik, serta terus menjadi Hamba Allah yg baik..Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)